Program Merakyatkan Kenaf 1Malaysia

10 November 2014 | Aktiviti Terkini

Pada 9 November 2014 bertempat di Kampung Bukit Bidang, Selising, Pusat Internet Selising telah mengadakan “Pertandingan Mewarna Logo PI Selising”. Program ini dianjurkan dengan kerjasama “Program Merakyatkan Kenaf 1Malaysia” dan “Pemimpin Bersama Rakyat”. Program ini diadakan sempena dengan kempen merakyatkan kenaf 1Malaysia yang melibatkan semua masyarkat di DUN Selising. Aktiviti  yang telah dijalankan ini berjaya mengumpulkan seramai 23 ahli baru Pusat Internet Selising. Gerai Pusat Internet Selising telah menerima sambutan yang memberansangkan dari  masyarakat setempat dan mendapat maklumbalas ramai untuk mengikuti kursus keusahawanan ICT yang ditawarkan di Pusat Internet Selising.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas